Rutin Penjagaan Kulit untuk Kaki Palsu

Penjagaan kulit adalah penting untuk semua orang, tetapi ia jauh lebih penting bagi pengguna kaki palsu.

Kulit di dalam kaki palsu adalah sensitif dan mudah terkena keradangan, jangkitan, dan masalah lain.

Dengan mengikuti rutin penjagaan kulit untuk kaki palsu, kulit anda akan kekal sihat dan selesa.

Apakah kepentingan penjagaan kulit untuk pengguna kaki palsu?

Kulit di dalam sarung kaki palsu anda berbeza dengan kulit di bahagian anggota badan yang lain.

Ia tidak terdedah kepada udara dan lebih mudah berpeluh.

Ia juga sentiasa dihimpit oleh kaki palsu dan menyebabkannya bergeser serta melecet.

Kesemua faktor ini mungkin membawa kepada pelbagai masalah seperti:

  • Kerosakan kulit: Kulit menjadi kemerahan, melecet, dan menyakitkan.
  • Jangkitan: Bakteria mudah membiak pada permukaan yang lembap di dalam kaki palsu anda dan akhirnya mengakitbatkan jangkitan.
  • Kesakitan anggota maya (ghost limb): Ada antara mereka yang kehilangan anggota badan mengalami kesakitan anggota maya dan luka pada kulit menjadikannya lebih teruk.

Masalah Kulit yang Kerap Dihadapi oleh Pengguna Kaki Palsu dan Cara Mengatasinya:

  • Kulit merengsa (skin irritation): Ia merupakan masalah yang biasa bagi pengguna kaki palsu yang berpunca daripada geseran, lembapan, atau haba. Jika anda mengalaminya, cari puncanya dan atasi masalah itu. Gunakan jaram sejuk atau pek penyejuk untuk mengurangkan kerengsaan.
  • Kerosakan kulit: Masalah yang serius ini berlaku apabila kerengsaan pada kulit tidak dirawat. Ia boleh membawa kepada jangkitan. Jika anda mengalaminya, sila berjumpa doktor dengan segera.
  • Jangkitan: Ia berlaku akibat komplikasi daripada kerosakan kulit. Ia menyebabkan kemerah-merahan pada kulit, bengkak, kesakitan, dan nanah. Jika anda mengalami tanda-tanda kerosakan kulit, sila berjumpa doktor dengan serta-merta.
  • Kesakitan anggota maya (ghost limb): Ia merupakan rasa sakit atau tidak selesa pada anggota yang telah dipotong berpunca daripada isyarat bercampur yang dihantar dari otak. Untuk mengatasinya, alas bahagian anggota itu dengan bantal atau kusyen, lakukan urutan padanya, buat rawatan akupuntur atau buat janji temu dengan pakar terapi. 

Produk apakah yang diperlukan dalam rutin penjagaan kulit untuk kaki palsu?

Terdapat beberapa produk yang dapat membantu anda menjaga kulit di dalam kaki palsu. Antara produk-produk yang penting ialah:

  • Pencuci kaki palsu: Pencuci yang lembut ini direka untuk menghilangkan kotoran, peluh, dan sisa lain daripada kulit anda tanpa menggunakan bahan yang menyakitkan. Dapatkan pencuci yang bebas pewangi dan tidak menimbulkan alahan.
  • Pelembap: Ia membantu kulit anda untuk kekal lembap dan menghalangnya daripada menjadi kering. Dapatkan pelembap yang bebas minyak dan tidak membuat liang-liang roma anda tersumbat.
  • Antipeluh/ Deodoran: Ia mampu membantu mengurangkan peluh dan menghalang kulit anda daripada melecet dan berlakunya jangkitan. Produk ini perlulah bebas aluminium dan pewangi.
  • Losyen: Ia membantu melembut dan melindungi kulit anda. Dapatkan losyen yang bebas pewangi dan tidak merengsa kulit.

Aspek-aspek lain yang penting dalam rutin penjagaan kulit untuk kaki palsu

Selain menggunakan produk-produk yang sesuai, anda perlu ketahui beberapa perkara lagi bagi mengekalkan kulit yang sihat. Contohnya:

  • Periksa bahagian yang dipotong jika ada kerengsaan atau jangkitan. Pastikan jika kulit di bahagian itu kemerah-merahan, membengkak, bernanah atau kesakitan.
  • Cuci dan kering anggota tersebut secara menyeluruh selepas setiap kali menggunakan kaki palsu. Gunakan air suam dan sabun yang lembut. Pastikan kulit anda dikeringkan sepenuhnya, terutamanya di bahagian celahan.
  • Sapu pelembap pada anggota tersebut pada waktu malam. Ia membantu kulit anda kekal lembap dan menghalangnya daripada menjadi kering.
  • Buat pemeriksaan dan penyesuaian kaki palsu anda dengan pakar kaki palsu. Mereka akan membantu anda dalam memastikan kaki palsu anda muat dan tidak menyebabkan sebarang masalah pada kulit.

Petua Tambahan untuk Membuat Rutin Penjagaan Anda Sendiri:

  • Cuci pelapik kaki palsu dan soket setiap hari. Gunakan air suam dan sabun yang lembut. Keringkan pelapik dan soket itu sepenuhnya sebelum digunakan.
  • Pakai stokin kaki palsu yang dapat melindungi kulit anda daripada geseran dan melecet.
  • Guna krim/ bedak pelindung kulit yang dapat menghasilkan pelindung antara kulit dan kaki palsu anda.
  • Elak daripada menggunakan sabun, pewangi, dan losyen dengan bahan-bahan yang mengeringkan atau menyakitkan kulit anda.
  • Minum air yang banyak supaya anda kekal hidrat dan kulit anda lembap.
  • Makan makanan yang seimbang supaya badan anda mendapat zat yang diperlukan untuk memulihkan dan membaiki kerosakan pada kulit.
  • Atasi tekanan anda kerana ia mengakibatkan masalah kulit anda bertambah serius. Cari kaedah yang sihat untuk mengatasi tekanan seperti bersenam, melakukan teknik merehatkan diri, dan menghabiskan masa dengan orang yang tersayang.

Buat Janji Temu dengan Pakar ASPO Mobility

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang rutin penjagaan kulit untuk kaki palsu anda, hubungi pakar kami di ASPO Mobility. Kami akan membantu anda merangka rutin penjagaan yang sesuai dan khusus untuk anda.

Tempah janji temu bersama pakar ASPO Mobility hari ini: 

Book an Appointment

Posted by

Share this article:

Scroll to Top