Juruteknik prostetik dan ortotik (JPO) adalah kerjaya di bawah bidang sains kesihatan bersekutu. Pada masa kini, ramai JPO berkhidmat secara pengambilan terus di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebajikan masyarakat. Pihak swasta juga menerima kemasukan ke jawatan ini dengan kelayakan asas sijil pelajaran Malaysia (SPM).
Juruteknik prostetik dan ortotik bertugas membuat peralatan anggota tiruan seperti tangan palsu, kaki palsu dan alat sokongan perubatan.
Pada tahun 1949, sejak penubuhan unit anggota tiruan yang pertama di Malaysia bertempat di Sungai Buloh, Selangor, Juruteknik PO dikenali sebagai ‘Limb Maker’ atau pembuat kaki palsu. Di Hospital Kuala Lumpur, bermula pada tahun 1953 mereka dikenali sebagai ‘Orthopaedic Appliance Maker’ atau Tukang Alat Ortopedik.
Hanya pada tahun 1980 jawatan Juruteknik Prostetik dan Ortotik diwujudkan di Malaysia di bawah pentadbiran Hospital Kuala Lumpur dan KKM.