Kami di ASPO Mobility percaya bahawa semua orang, tanpa mengira keadaan, berhak berasa yakin dan seterusnya mampu mengejar kejayaan.
Sebagai pembekal khidmat mobiliti dan sokongan untuk orang kurang upaya, kami memahami cabaran unik boleh diurus dengan belajar kesedaran diri dan membina keyakinan diri.
Kami di sini untuk berkongsi bukan sahaja 5 tips mental yang kuat tetapi juga sumber yang berharga untuk membantu anda meningkatkan harga diri anda dan mencapai potensi penuh anda.
5 Tips Mental untuk Meningkatkan Keyakinan Diri Anda
1. Sayangi Diri Sendiri
Sebagai manusia, kita sangat mudah untuk menyalahkan diri sendiri jika sesuatu yang terjadi tidak seperti yang kita inginkan.
Tidak perlu khuatir, ini adalah lumrah manusia.
Anda juga harus faham bahawa setiap yang berlaku ini adalah satu proses untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik. Oleh itu, berlembutlah dengan diri sendiri.
Hormat diri anda dan rakan sekeliling. Tumpukan pada kelebihan diri sendiri, dan raikan setiap pencapaian kecil kita.
Sumber:
- Video Youtube: “Setiap Orang Tak Sama, Percayalah Pada Diri Sendiri” oleh Ustaz Don Daniyal
- Artikel: “5 Ways to Practice Self-Compassion” oleh PsychologyToday: https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-gen-y-psy/201908/5-ways-practice-self-compassion
2. Didik Pemikiran Positif
Pemikiran kita mempunyai kesan yang mendalam terhadap emosi dan tingkah laku seharian.
Sedar dan ambil tindakan untuk meninggalkan perbuatan yang boleh merosakkan mental sendiri dan ambil langkah proaktif untuk menjadi seorang insan yang berjaya.
Mulakan hari anda dengan mengungkapkan kata-kata semangat seperti “Saya pasti berjaya”, “Saya memang layak untuk mengharungi perkara ini”, dan “Saya insan yang kuat”.
Sumber:
- Buku: “Motivate Like Muhammad: Teknik Menerapkan Nilai Positif dalam Diri” oleh Ainon Ahmad, Ahmad Shukri Yusoff
- Laman web: https://positivepsychology.com/daily-affirmations/
3. Percaya pada kemampuan anda
Percaya pada diri merupakan senjata ampuh yang digunakan oleh insan berjaya.
Ketidakpercayaan pada diri sendiri ini mungkin timbul dari pengalaman masa lalu, jangkaan tinggi masyarakat, atau kegusaran yang dicipta sendiri.
Sebenarnya, ketidakpastian ini tidak semestinya betul. Apa kata anda cuba untuk menguji kesahihannya.
Gantikan ketidakpastian tersebut dengan ungkapan-ungkapan percaya pada diri sendiri. Pastinya anda akan berasa lebih yakin untuk menempuhi hari-hari mendatang.
Sumber:
- Video: “Fikir Positif dan Bersangka Baik” oleh Dr Fadzilah Kamsah
- Podcast: “The Mindset Mentor” oleh Rob Dial
4. Hadapi Ketakutan Anda
Cara terbaik untuk mengatasi ketakutan adalah dengan menghadapinya secara langsung.
Senaraikan perkara yang anda takutkan. Seterusnya, buat perancangan untuk menghadapi perkara tersebut dalam skala kecil dan tidak tergopoh-gapah.
Ini penting kerana setelah anda mula untuk melawan ketakutan tersebut, anda sebenarnya sedang membina keyakinan dan daya tahan diri yang pastinya dapat membentuk peribadi yang lebih matang.
Sumber:
- Buku: “Berdamai Dengan Ketidakpastian: Memaknai Rasa Takut, Bimbang & Kecewa Bersama Al-Quran” oleh Imran Zaki
- Laman web: https://www.healthymindmalaysia.com/
5. Pupuk sifat ingin tahu
Sifat ingin tahu terhasil dari minda yang kuat.
Apabila kita lebih bersifat ingin tahu tentang persekitaran, minda kita akan lebih terbuka kepada pengalaman baru dan seterusnya memberi lebih peluang untuk belajar sesuatu yang lain.
Amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan libatkan diri dalam aktiviti yang boleh meransang minda.
Hal ini dapat membantu anda membina jati diri yang lebih kuat.
Sumber:
- Laman web pembelajaran: https://www.khanacademy.org/
- Podcast: “Ologi and Alie Ward”
Tips Tambahan
Walaupun tips mental ini boleh menjadi pemangkin perubahan diri, adalah penting untuk kita sedari bahawa membina keyakinan diri adalah suatu perjalanan, dan ia bukannya destinasi.
Bersabarlah dengan diri sendiri, raikan setiap kejayaan kecil, dan ingatlah bahawa anda tidak bersendirian.
Berikut ialah beberapa sumber tambahan untuk membantu anda:
- Laman blog ASPO Mobility: https://aspomobility.com.my/blog/
- Pusat Sumber Kurang Upaya Malaysia (MDRC): https://mrdc.my/
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/carecenter&map_type=02&inst_cat=04&id=SXozdEJUMm9PYVlnQU0za2daMHpwUT09&Map_page=17
Kami di ASPO Mobility sentiasa bersedia untuk membantu dalam setiap langkah anda untuk menjadi insan yang lebih baik.
Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai penyelesaian mobiliti dan perkhidmatan sokongan kami yang komprehensif.
Kami percaya kepada anda dan keupayaan anda untuk mencapai matlamat yang diingini.
Hubungi Kami: https://aspomobility.com.my/hubungi-kami/