14 Makanan Unggul yang Membantu Penyembuhan Luka Selepas Amputasi

Pemakanan yang baik adalah keperluan untuk semua, tetapi ia amat penting bagi mereka yang perlu sembuh selepas amputasi.

Diet yang seimbang dan kaya dengan khasiat yang betul mampu mempercepatkan penyembuhan luka, mengurangkan keradangan, dan menguatkan sistem imunisasi bagi pemulihan yang berjalan lancar.

Kepentingan Pemakanan Berkhasiat Selepas Amputasi

Menurut statistik di Malaysia, lebih 10,000 orang terpaksa menjalani amputasi.

Terdapat banyak faktor yang terlibat seperti diabetes, kemalangan, dan barah.

Walau apa pun puncanya, pembedahan pemotongan anggota memberi tekanan yang besar pada badan, dan pemakanan yang betul diperlukan untuk proses penyembuhan.

Cabaran Penyembuhan Luka Selepas Amputasi

Mereka yang menjalani amputasi berdepan cabaran yang unik dalam soal penyembuhan luka seperti:

  • Kekurangan peredaran darah: Amputasi mengganggu peredaran darah pada anggota badan yang lain dan menghalang penyembuhan luka.
  • Jangkitan: Luka amputasi mudah dijangkiti, ia melambatkan penyembuhan dan mungkin mengakibatkan komplikasi yang lain.
  • Kekurangan zat: Mereka yang menjalani amputasi berdepan risiko kekurangan zat disebabkan perubahan selera, pantang pemakanan, dan penyerapan zat yang terjejas.

Cara Makanan Unggul Dapat Membantu

Pengambilan makanan unggul memberi zat yang diperlukan oleh badan untuk mengatasi semua cabaran ini dan menggalakkan penyembuhan yang optimum.

Ia kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, dan bahan bermanfaat lain yang mampu:

  • Menggalakkan sistem imunisasi: Sistem imunisasi yang kuat diperlukan untuk melawan jangkitan dan menggalakkan pembaikan tisu.
  • Mengurangkan keradangan: Keradangan ialah proses semula jadi dalam pemulihan, tetapi jika keterlaluan, ia melambatkan penyembuhan. Makanan unggul dapat mengurangkan keradangan dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu.
  • Membina dan membaiki tisu: Protein adalah penting untuk membina dan membaiki tisu. Makanan unggul seperti daging tanpa lemak, ayam dan itik, serta kacang-kacang adalah sumber protein yang bagus.
  • Memperbaiki peredaran darah: Makanan unggul yang tertentu seperti buah-buahan sitrus dan beri dapat membantu memperbaiki aliran dan peredaran darah.

Empat Belas Jenis Makanan Unggul untuk Penyembuhan Luka Selepas Amputasi

Kesemua makanan unggul ini amat bermanfaat bagi mereka yang menjalani amputasi untuk pulih semula:

Protein:

  • Daging tanpa lemak: Ayam, ayam belanda, ikan, dan telur adalah sumber protein yang terbaik dan diperlukan untuk membina dan membaiki tisu.
  • Kekacang: Protein berasaskan sayuran ini juga kaya dengan serat untuk membantu penghadaman dan penyerapan zat. 

Vitamin:

  • Buah-buahan sitrus: Buah oren, limau gedang, dan lemon adalah kaya dengan vitamin C  dan amat penting dalam penghasilan kolagen, sejenis komponen yang diperlukan untuk kulit yang sihat dan menyembuhkan luka.
  • Cili kembung/ lada benggala: Lada benggala merah, kuning dan jingga juga penuh dengan vitamin C dan antioksidan yang dapat melindungi sel daripada kerosakan dan menggalakkan pembaikan tisu.

Serat:

  • Keledek: Penuh dengan serat dan beta-karotena (pelopor vitamin A), ia membantu dalam kesihatan usus dan pertumbuhan semula tisu.
  • Brokoli: Sayur daripada keluarga kubis ini adalah tinggi dengan serat, vitamin C, dan sulphoraphane yang mengandungi bahan antiradang.

Antioksidan:

  • Beri: Beri biru, strawberi, dan raspberi mengandungi banyak antioksidan yang dapat melawan radikal bebas (kesan sampingan tindak balas kimia dalam badan) dan melindungi sel daripada kerosakan.
  • Kekacang dan biji-bijian: Badam, walnut, dan biji cia adalah kaya dengan antioksidan, vitamin E, dan lemak sihat yang menyumbang kepada penyembuhan luka.

Petua Tambahan untuk Penyembuhan Luka yang Optimum:

  • Kekal hidrat: Minum air yang banyak sepanjang hari supaya badan kekal hidrat untuk membantu proses pemulihan.
  • Tangani tekanan: Tekanan akan menghalang penyembuhan luka. Pelajari kaedah untuk menangani tekanan seperti yoga, meditasi, atau meluangkan masa dalam alam semula jadi.
  • Tidur secukupnya: Tidur adalah penting untuk kesihatan dan penyembuhan. Cuba dapatkan tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.
  • Dapatkan bantuan perubatan: Doktor atau pakar pemakanan dapat membantu merangka pelan pemakanan yang memenuhi keperluan dan cita rasa individu.

Adakah anda bersedia untuk menjalani pemulihan dan memaksimumkan proses penyembuhan anda?

Dapatkan temu janji dengan pakar daripada pasukan ASPO Mobility dan kami akan membimbing anda ke arah hidup yang lebih sihat dan gembira.

Posted by

Share this article:

Scroll to Top